Saturday, January 31, 2009
My Lucky Day
Hari ni rumah aku mnerima tetamu dr kluarga Saiful... Kluarga Saiful dtg utk merisik... Sudah mjadi adat kite orang melayu kan... B'macam perasaan yg ade pada diri aku hr ni... Perbincangan yg t'lulu singkat, tau2 je aku jnguk tetamu smua tgh mjamu selera.. Ibu masak nasi impit, kuah lontong n kuah kacang.. Aku tak dpt dengar pun ape yg dbincangkan, aku kena dok dapur.. 28hb feb nie, majlis ptunangan ku... Arghhh... bdebarnye... Dan hr ini jgak aku dapat surat dr SPA... Seronoknye... Aku dapat tawaran jawatan yg aku tmuduga ari tu... Aku dtempatkan di Kem.Kesihatan Malaysia... Proses sterusnye tggu surat dr kem.kesihatan... Alhamdulillah...
Monday, January 26, 2009
Selamat Tahun Baru Cina...
Selamat Tahun Baru Cina.. Tapi raya tahun nie aku tngk tak semeriah tahun lepas la.. Knape erk.. Bunyi mercun pun kurang.. Okla tu kan.. Buah limau tahun nie pun tak brape sedap.. Pagi tadi aku gie umah pak cik jasni (adik kpada bapak aku) kat ampang.. Cousin aku dr sabah yg tgh attend PLKN kat Sepang tgh bcuti kat umah pak cik, so weols pun pegi la sane..Saje nak bjumpa.. Coz tak pernah jumpa kan.. Pas slesai makan tghr weol pun blik la...
Sunday, January 25, 2009
Tahniah...
Selamat Pengantin Baru buat cousin aku, Hazira n husbandnye, Ewan... Semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat... Gmbar tak de nak bg uol tgk... maklum la aku kan pengapit.. he he he... nnt la kau mintak gmbar kat cousin aku tu... Ok la, penat la jd pengapit td.. tggu ye aku post gmbr cousin aku tu...
Friday, January 2, 2009
Sekadar buat RENUNGAN....
BERBOHONGLAH jika ada sesiapa yang mahu melupakan sesuatu. Sesuatu yang pernah menjadi titik dan detik dalam nota hidupnya. Melupakan. Persis sahaja bicara sang perajuk atau si patah hati. Simpanlah di sudut mana pun, dalam diri dan hati atau dicampak ke mana sahaja di jagat raya kepunyaan Tuhan ini, ingatan manusia tidak akan terhilang, juga terpadam. Kenangan bukan api yang boleh dipadamkan dengan menjirus air dan menyembur busa, atau apa sahaja alat pemadaman. Ia bisa bertandang kembali pada detik-detik kemudian. Barangkali mengganggu. Mengusik atau mencambah rasa suka, senyum ria. Terpulang. Kenangan datang lagi, antara mimpi dan realiti, antara suka dan pedih. Itulah hakikat kehidupan manusia. Kenangan kadangkala menjadi tetamu. Tetamu tidak diundang. Bertandang dalam sedar, antara tangis gembira dan ketawa duka antara membenci dan menyukainya. Dan kenangan bukan suatu pembohongan. Masa-masa yang berlalu adalah sejarah. Kehidupan adalah hari ini. Esok belum pasti. Biar apa pun perancangannya. Namun kata-kata itu bukan suatu kebenaran atau mutlak. Bukan hakiki. Yang penting dalam hidup ini, juga suatu kewajipan, mempercayai takdir juga qada dan qadar. Selagi kita masih bernafas di muka bumi ini, berhati-hati lah dalam berbicara. Berpada-pada lah dengan setiap perbuatan kita. Kerana kekadang tanpa kita sedari, pertuturan dan tingkah laku kita menyinggung perasaan orang di sekeliling. Jangan mudah lupa pada yang pernah berjasa, lupa pada kesusahan kita dan lupa pada kesakitan kita. Beringat-ingat lah dan berwaspada lah..
Kesenangan, kemewahan yang kita ada cuma sementara.
Harta dunia tidak dapat di bawa bersama bila nafas sudah tiada. Amalan baik akan mendapat imbuhan terbaik dan begitu juga dengan sebalik nya.
Harta dunia tidak dapat di bawa bersama bila nafas sudah tiada. Amalan baik akan mendapat imbuhan terbaik dan begitu juga dengan sebalik nya.
Gula serawa si daun turi,
Buah manggis diikat-ikat.
Kawan ketawa mudah dicari,
Teman menangis sukar mendapat.
Pergi ke masjid berjalan kaki,
Tersandung kayu luka berdarah,
Hati yang di sakiti tak pernah di obati,
Biar lah berlalu walaupun parah.
Buah durian dan buah nenas,
Di beli sebiji untuk ibunda,
Kalau di turut kan hati yang panas,
Cuma menambah luka yang ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)